Garmin Malaysia Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada 6 September
Amy Maizuraa
Kemaskini baharu Garmin menunjukkan terdapatnya produk baharu yang bakal ditawarkan di Malaysia. Melihat pada kapsyen ringkas disertakan, ia boleh menjadi penawaran untuk peranti boleh pakai baharu mereka. Namun sayangnya Garmin mengambil pendekatan untuk berahsia mengenai produk berkenaan dan persoalan ini bakal terjawab sepenuhnya pada 6 September ini.

Bagaimanapun, ada kebarangkalian ia boleh menjadi pengenalan untuk siri Venu baharu mereka yang diumumkan beberapa hari lalu. Sekiranya benar, penawaran baharu ini boleh hadir dalam dua pilihan variasi yang merangkumi Venu 3 dan Venu 3. Dalam masa sama turut dijangka mengekalkan perkakasan dalaman yang sama.
[info] Sumber – Garmin Malaysia [/info]