Logitech turut mempeluaskan penawaran tetikus gamingnya dengan memperkenalkan G Pro X Superlight 2 Gaming Mouse. Sesuai dengan namanya, ia hadir dengan rekaan seumpama generasi sebelum ini, tetapi mempunyai jisim yang lebih ringan sekitar 60 gram.


Seperti papan kekunci Logitech G Pro X TKL Lightspeed, ia turut boleh disambung ke peranti secara nirwayar menggunakan dongle USB (Lightspeed) khusus yang menggunakan teknologi Lightspeed Wireless. Dalam masa sama turut diberi pilihan sambungan secara berwayar melalui port USB-C terbina.
Turut disertakan adalah sensor HERO 2 serba baharu, dengan pengesanan lebih daripada 500 inci sesaat dan sehingga 32,000 DPI. Rekabentuk dwi-kemasan pula memainkan peranan penting dalam menyediakan penggunaan cukup baik pada mana-mana permukaan. Selain turut mampu beroperasi sehingga 95 jam dan dijual di Malaysia pada harga RM698.