Cari @ Amanz

Jenayah penipuan atas talian menyebabkan kerugian ratusan juta pada tahun 2021. Walaupun bahaya penipuan atas talian ini sudah diuar-uarkan oleh kerajaan dan media hampir saban hari masih ramai yang menjadi mangsa. Bank Negara Malaysia mengumumkan mereka akan melancarkan Portal Penipuan Kebangsaan pada pertengahan 2024 bagi menentang isu yang semakin serius ini.

Menerusi Portal Penipuan Kebangsaan, BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan negara untuk mengukuhkan sistem sedia ada. Tambahan lagi portal ini turut dibangunkan untuk melawan kedai akaun yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti jenayah kewangan mereka.

Menerusi portal yang sama sebuah sistem akan dibangunkan bagi menganalisa sesebuah akaun bank yang mungkin digunakan sebagai keldai skim penipuan. Dengan ini apabila penipuan dilakukan, wang mangsa dapat dijejak dan seterusnya dikembalikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd