Oppo A78 4G Kini Boleh Dibeli Dengan Harga Lebih Murah – RM899
September 6, 2023
Oppo
Amy Maizuraa
Harga jualan Oppo A78 telah dikemaskini ke RM899 dengan diskaun sebanyak RM100 diberikan melaluinya. Ini menjadikan peranti boleh dibeli dengan harga lebih murah berbanding asal iaitu RM999. Anda yang berminat boleh mendapatkannya mulai sekarang menerusi kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia.

Untuk spesifikasi ia menggunakan skrin AMOLED sebesar 6.44″ FHD+ dengan kadar segar semula 9-Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan 128GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Turut disertakan adalah dwi-kamera utama 50MP + 2MP, kamera swafoto sebesar 8MP dan melepasi penarafan kalis air IP54.
[info] Sumber – Oppo Malaysia [/info]