Xiaomi mengesahkan bahawa Xiaomi 13T dan 13T Pro yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini akan menerima sokongan 4+5 tahun. Ia akan menerima kemas kini sehingga empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti. Pengumuman ini tidak begitu mengejutkan kerana Redmi K60 Ultra yang adalah peranti yang sama tetapi hanya untuk China juga menerima kemas kini 4+5 tahun.
Walaupun belum dilancarkan spesifikasi peranti telah diketahui iaitu skrin 6.67″ OLED resolusi 1.5 K, kadar segar semula 144Hz dan keterangan mencecah 2600 nits. Ini dipadankan dengan Dimensity 9200+, memori sehingga 24GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan ultra pantas 120W. .
Sementara itu di bahagian belakang terdapat sistem trikamera 50MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP kedalaman. Kamera belakang menggunakan lensa Leica. Di hadapan pula sebuah kamera 16MP pula digunakan dengan ia diletakkan dalam sebuah lubang kamera pada skrin. Peranti ini juga melepasi piawaian IP68.