Siri Akan Lebih Berkuasa Pada iOS 18 – Satu Arahan, Multi-Tugasan
Fahim Zahar
Siri adalah pembantu maya atau pembantu peribadi digital yang sedia terbina pada iOS dan macOS. Ia juga mempunyai reputasi kurang baik berbanding Amazon Alexa dan Google Assistant. Baru-baru ini The Information melaporkan yang dengan iOS 18, Siri akan dinaiktaraf menjadi lebih berkuasa dan hebat.

Siri generasi baharu ini dikatakan seakan telah diintegrasikan dengan Shortcuts. Di mana dalam Shortcuts, pengguna boleh menetapkan pelbagai arahan untuk melakukan satu tugasan atau dengan kata lain menjadikan sesuatu tugasan itu berfungsi secara automatik.
Hanya dengan satu arahan ringkas, Siri boleh mengakses kamera mengambil lima gambar dan menggabungkannya menjadi GIF kemudian terus hantar ke rakan. Besar kemungkinan kebanyakan yang tersedia dalam galeri Shortcuts ia akan diintegrasikan ke dalam Siri. ni adalah amat mirip dengan ciri Routine yang sudah disokong pada Samsung Bixby sejak awal tahun ini.

Kemas kini ini dikatakan akan menjadikan Siri lebih berkuasa dan sedia untuk bersaing dengan Alexa dan Google Assistant. Akan datang Google Assistant akan dikemaskini dengan kecerdasan buatan generatif. Pasukan pembantu maya ini turut telah mengalih-fokus kepada BARD.
Pada hemat saya Siri perlu ada ciri AI yang hebat untuk bersaing. Apa kata anda?
[sumber] MacRumors [/sumber]