Cari @ Amanz

BMW menawarkan pelan langganan bulanan kepada pelanggan yang ingin menikmati ciri seperti pemanasan kerusi, kemas kini sistem pemetaan kenderaan, bantuan lampu tinggi, bunyi kereta lumba kereta elektrik dan banyak sejak 2020. Bayaran yang dikenakan adalah bermula daripada $12 sebulan sebulan atau membayar terus $415 untuk penggunaan berterusan sepanjang hayat.

Selepas mendapat reaksi negatif daripada pelanggan mereka, BMW akur dan menamatkan langganan untuk ciri yang sudah terpasang pada kereta. Hanya langganan dalam bentuk perisian sahaja akan ditawarkan selepas ini seperti sistem parkir automatik, bantuan memandu dan sebarang ciri yang memerlukan data internet.

BMW turut mengaku sejak diperkenalkan, jumlah pelanggan ciri pemanasan kerusi misalnya adalah rendah membuatkan ia tidak berbaloi sedangkan perkakasan untuk melakukannya sudahpun terpasang pada kereta. Berita yang baik bagi pelanggan BMW kerana mereka kini tidak lagi perlu menjadi mangsa transaksi mikro.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd