Cari @ Amanz

Beberapa bulan lepas, telah kami laporkan yang YouTube sedang menguji ciri bermain permainan atas talian pada platform penstriman video mereka. Beberapa hari lalu, YouTube telah mengesahkan kewujudan ujian ini dan ia dipanggil Playables.

Playables adalah permainan yang boleh diakses pada desktop ataupun peranti mudah alih. Pengguna yang terpilih akan melihat kategori “Playables” muncul di skrin utama YouTube. Setiap permainan yang dimainkan turut boleh diakses pada YouTube History.

Antara permainan yang akan ditawarkan adalah Stack Bounce, permainan arked di mana pemain mengawal bola yang sedang jatuh memecahkan lapisan batu-bata. YouTube menyatakan ujian ini terhad kepada kumpulan kecil sahaja dan tidak pasti lagi bila ia akan dilancarkan kepada umum.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd