Samsung Hentikan Sokongan Kemaskini Untuk Galaxy Note 10 Dan Note 10+
Effi Saharudin
Telefon baharu Samsung menerima kemas kini empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti sejak dua tahun lalu. Oleh itu hari ini dukacita dimaklumkan sokongan kemas kini untuk Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ telahpun dihentikan secara rasmi.

Galaxy Note 10 dan Note 10+ dilancarkan pada Ogos 2019. Selepas empat tahun tiada lagi tampalan sekuriti akan diberikan. Tahun lalu sokong kemas kini Android telah dihentikan dengan ia kekal dengan Android 12 sahaja. Menjadi kelaziman peranti Android disokong selama lima tahun sahaja.
Sekiranya sokongan kemas kini lebih lama adalah penting bagi anda, Fairphone 5 adalah peranti paling sesuai kerana ia akan disokong selama 10 tahun oleh pengeluarnya.
[sumber] 9to5 Google [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.