Minggu lepas telah kami laporkan yang Apple mungkin akan berhenti menawarkan aksesori berasaskan kulit. Ini termasuk tali jam dan juga kerangka pelindung. Apple dikatakan ingin memfokuskan penawaran aksesori fabrik “FineWoven” baharu sebagai kategori premium mereka. Malah, baru-baru ini laman web Hermes turut telah membuang semua senarai produk berkaitan Apple.
Terbaru Apple turut dilaporkan ingin berhenti menawarkan aksesori silikon dan fluoroelastomer . Ini kerana Apple akan menawarkan variasi baharu yang semuanya menyokong MagSafe serta menggunakan bahan binaan generasi baharu yang lebih mesra alam.

Apple akan menganjurkan acara Wonderlust dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sama-sama kita nantikan 13 September nanti untuk melihat apakah aksesori baharu yang akan ditawarkan. iPhone 13 Pro saya sehingga hari ini menggunakan kerangka kulit rasmi Apple dan ia adalah kegemaran saya, bagaimana pula dengan anda?
- Sumber
- MacRumors