Infinix GT 10 Pro adalah peranti baharu Infinix dan juga yang pertama memfokuskan gaming. Rekaan peranti turut diacah sebagai “klon” Nothing Phone (1) dengan sistem lampu di belakang. Hari ini akhirnya, GT 10 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia.
Skrin adalah 6.67″ AMOLED, FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan Dimensity 8050 yang dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR4X + 8GB RAM maya dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.
Untuk kamera, GT 10 Pro menggunakan sistem yang menggabungkan sensor 108MP f/1.75 OIS (Sudut Lebar) + 2MP f/2.4 (Makro) + 2MP f/2.4 (Sensor Kedalaman), dikuasakan AI dan kamera swafoto 32MP. Bateri peranti adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas PD 45W. Untuk biometri, Infinix menawarkan pengimbas cap jari bawah skrin.
Infinix GT 10 Pro menjalankan XOS for GT berasaskan Android 13 yang bebas aplikasi gendut yang mengarut dan yang tidak patut. Rekaan peranti dikatakan adalah CyberMecha dengan dua pilihan warna iaitu Cyber Black atau Mirage Silver. Sistem lampu di belakang digelar sebagai Mini LED yang menyala mengikut notifikasi, video, muzik dan lain-lain.
Harga jualan adalah RM999. Sempena pelancaran di Malaysia, Infinix menawarkan harga RM899 sahaja bersama beberapa hadiah percuma khusus untuk gaming iaitu butang bahu, sarung jari dan baju khas Infinix X Homebois.