Cari @ Amanz

Awal tahun ini kami melaporkan Apple dan Wireless Power Consortium (WPC) bekerjasama membangunkan protokol Qi2. Ia dibangunkan berasaskan teknologi MagSafe, mempunyai ciri “Magnetic Power Profile” dan akan disokong pada peranti Android.

Semasa pelancaran siri iPhone 15 awal pagi tadi, Apple mengesahkan yang selain MagSafe setiap iPhone 15 turut menyokong piawaian Qi2. Walaupun begitu Apple memberitahu yang MagSafe akan memberikan kuasa 15W dan Qi2 masih terhad kepada 7.5W sahaja. Tidak pasti akan ada kemas kini perisian ataupun tidak kerana ada beberapa pengeluar aksesori menyatakan aksesori Qi2 mereka nanti akan menyokong 15W pada iPhone.

Cuma buat masa ini iPhone 15 masih belum menerima pengiktirafan Qi2. Qi2 turut dijangka akan membaiki masalah kuasa pengecasan yang tidak konsisten. Misalnya MagSafe sekarang pada iPhone menyokong 15W dan pada Android sekitar 10W sahaja. Tetapi peranti Android dengan kerangka magnetik pula ia turun ke hanya 5W.

Buat masa ini masih tiada aksesori Qi2 dijual. Terdapat beberapa laporan di Internet menyatakan ia hanya akan tersedia sekitar hujung tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd