Selamat datang ke era 8GB RAM diucapkan kepada Apple iPhone. Kod yang ditemukan oleh MacRumors dalam Xcode mengesahkan iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max dilengkapi memori sebesar 8GB RAM. Pada waktu yang sama iPhone 15 dan 15 Plus pula disahkan dilengkapi 6GB RAM.

Ini sebuah lagi penambahbaikan yang dilakukan selepas sebelum ini siri Pro dilengkapi 6GB RAM sahaja pada siri iPhone 13 hanya dilengkapi 4GB RAM. Dengan jumlah RAM lebih besar iPhone boleh melancarkan dan menyimpan lebih banyak memori di latar belakang. Apple memasuki era 8GB RAM pada waktu dimana peranti Android dengan 24GB RAM seperti Redmi K60 Ultra mula ditawarkan tahun ini.
- Sumber
- MacRumors