Cari @ Amanz

Kamera Sony Burano dilancarkan semalam dengan ia dipasarkan dalam kategori kamera untuk rakaman filem yang sama seperti siri Sony Venice. Kamera ini dilengkapi sensor bingkai penuh 35mm bersaiz 41.9 MP yang mampu melakukan rakaman video sehingga resolusi 8.6K. Ia menyokong sistem warna CineAlta yang sama seperti Venice.

Burano menggunakan lensa cagak PL dan turut boleh menggunakan cagak E apabila diperlukan. Sistem penstabilan pula adalah dari jenis IBIS tiga paksi. Sementara itu pula sistem AF pula adalah dari jenis hibrid PDAF dan kontras.

Sebuah skrin 3.5″ TFT turut disertakan. Menurut Sony, kamera ini menyokong rakaman dalam format X-OCN(LT), XAVC H Intra HQ, XAVC H Intra SQ, XAVC H Long, XAVC Intra, dan XAVC Long. Berat tubuh kamera adalah 2.4 kilogram. Prapesanan untuk Sony Burano telah dibuka dengan ia boleh dibeli pada harga $24,999 (~RM117,000) sebuah. Kamera hanya akan dijual pada musim luruh 2024.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd