Cari @ Amanz

Generasi Z menggunakan TikTok sebagai enjin carian menggantikan Google. Oleh sebab itu terdapat isu maklumat palsu atau kurang tepat diambil kerana mereka lebih percayakan video daripada artikel bertulis. Mungkin menyedari isu yang mungkin timbul. TikTok mula memaparkan pautan artikel Wikipedia dalam keputusan carian dalam aplikasi.

Ciri ini ditemukan oleh The Verge hari ini dan kami mendapati ia juga boleh diakses pengguna di Malaysia. Pada waktu ini artikel yang dipaparkan adalah rawak. Tidak semua carian akan memberikan pautan ke Wikipedia. Boleh kami katakan dalam 20 carian, hanya 1 sahaja akan memaparkan artikel dengan selebihnya memaparkan video sahaja seperti carian biasa.

Menyedari persaingan daripada TikTok, Google sudah mula memaparkan keputusan dalam bentuk video YouTube dan YouTube Shorts dalam carian Search bermula tahun ini. Kepada pembaca Amanz apakah sumber maklumat utama anda? Masih Google atau anda juga lebih selesa menggunakan TikTok?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd