Samsung kini dalam persediaan hadir dengan beberapa pilihan peranti kelas permulaan baharu dipanggil Galaxy A05 dan Galaxy A05S. Kedua-duanya juga telah ditemui di tersenarai di pensijilan SIRIM Malaysia, sekaligus memberi petanda bakal tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

Selain daripada perkongsian tersebut, terdapat juga beberapa gambar tular yang menunjukkan rekaan untuk salah satu variasi peranti disebutkan tadi. Sekilas pandang Galaxy A05S mempunyai rekabentuk yang amat mirip dengan generasi terdahulu.

Di mana gabungan paparan Infinity-U, serta penggunaan sistem tri-kamera dibelakang masih dikekalkan. Skrin dipercayai sebesar 6.6-inci, namun butiran khusus mengenai kamera masih menjadi misteri. Turut disertakan adalah pengimbas cap jari sisi terbina pada butang kuasa, selain port USB-C dan bicu audio 3.5mm pula di bahagian bawah. Perbezaan yang ketara hanya dapat dilihat menerusi kemasan berjalur digunakan bertujuan keselesaan sewaktu dipegang.