Cari @ Amanz

Tahun ini OnePlus telah melancarkan tablet pertama mereka iaitu OnePlus Pad. Tablet ini adalah pelengkap ekosistem mereka untuk digunakan bersama-sama telefon dan produk audio yang lain. Selepas dilancarkan, OnePlus memberitahu yang mereka tiada perancangan untuk hadir dengan tablet mampu milik tetapi ini mungkin akan berubah tidak lama lagi.

Baru-baru ini OnePlus India mengacah yang sebuah tablet baru bakal dilancarkan. Beberapa minggu lepas ada ura-ura menyatakan tablet ini adalah OnePlus Pad Go. Tiada sebarang informasi lain mengenai tablet ini selain imej lakaran yang kelihatan mirip OnePlus Pad.

Ayat dalam imej “All Play, All Day” mencadangkan tablet ini memfokuskan kepada hiburan dan permainan dengan bateri yang bertahan sepanjang hari. Memandangkan hanya OnePlus India menciap, tablet ini mungkin terhad di pasaran India sahaja. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd