Carian
iPhone 12 Akan Dikemaskini Supaya Boleh Dijual Di Perancis
September 16, 2023 Effi Saharudin

Apple akan mengeluarkan kemas kini perisian untuk iPhone 12 di Perancis bagi memenuhi keperluan Agensi Frekuensi Nasional Perancis (ANFR). Sebelum ini ANFR mengharamkan jualan iPhone 12 di Perancis kerana didakwa mengeluarkan radiasi elektromagnet yang melepas had yang dibenarkan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebelum ini, Apple berkata iPhone 12 melepasi piawaian selepas menjalani ujian di makmal mereka sendiri dan juga pihak ketiga. Namun begitu mereka akur juga untuk mengemaskini iPhone 12 bagi membolehkan peranti terus dipasarkan.

iPhone 12 dilancarkan pada tahun 2020 dan tidak lagi ditawarkan Apple menerusi kedai atas talian mereka namun ia masih dijual sebagai peranti terpakai. Hanya Perancis mengatakan radiasi elektromagnet peranti ini melepasi had selamat.

Komen