Arab Saudi ini mengubah imej mereka dari sebuah negara pengeluar petroleum menjadi destinasi pelancongan terkemuka dunia. Beberapa projek mega telahpun diumumkan sebelum ini di kawasan Neom utara Saudi yang akan mempunyai bangunan terpanjang dunia dan pusat peranginan mewah. Terkini projek menara seakan kristal setinggi 330 meter pula akan dibangunkan di Neom.
Projek Trojena di dalam Neom akan menjadi hos kepada Sukan Musim Sejuk Asia 2029. Sebuah kompleks sukan dan peranginan sukan musim sejuk seperti luncur salji sedang dibina. Menara seakan kristal ini direka oleh firma Zaha Hadid Architects dengan ia bakal menempatkan hotel, pusat membeli belah dan pusat konvensyen.
Maklumat terperinci mengenai jumlah tingkat, kos pembinaan dan bilakah ia akan siap sepenuhnya belum diumumkan. Model yang diperlihatkan menunjukkan ia dibina di lereng bukit dengan terdapat pusat pendaratan untuk kenderaan terbang VTOL.