Cari @ Amanz

Filem animasi My Neighbor Totoro mempunyai banyak babak yang ikonik. Antaranya ialah Catbus sebuah kucing yang juga merupakan sebuah bas. Fiksyen menjadi realiti kerana Catbus kini boleh dinaiki oleh pengunjung Ghibli Park yang terletak di Jepun.

Ia sebenarnya sebuah bas elektrik Toyota APM yang sebelum ini digunakan ketika acara Sukan Olimpik Tokyo 2020. Setiap bas boleh membawa sehingga lima penumpang dengan terdapat ruang untuk penumpang berkerusi roda. Pengunjung Ghibli Park boleh menaiki bas ini untuk pergi ke beberapa lokasi menarik di dalam taman tema.

Tidak seperti Catbus dalam filem yang boleh bergerak pantas merentas pelbagai halanga, Catbus dunia sebenar ini hanya bergerak pada kelajuan maksimum 20 km/j dan jalan yang diturap kerana menggunakan roda bukannya lima pasang kaki. Lima Catbus akan memulakan operasi di Ghibli Park bermula Mac 2024.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd