Cari @ Amanz

Selepas tertiris menerusi beberapa sumber, kini OnePlus secara rasminya mengacah, serta mengesahkan bahawa tablet Pad Go bakal dilancarkan pada 6 Oktober. Ia boleh menjadi sebuah tablet mampu milik yang sesuai untuk kegunaan harian biasa.

Rekabentuk belakang peranti dilihat hadir dengan gabungan dua jenis kemasan yang merangkumi matte dan berkilat. Ini digabungkan lagi dengan bonggol kamera bulat yang memuatkan dwi-kamera utama. Melengkapinya juga panel hadapan dengan saiz bezel yang sekata di keempat-empat sisi. Secara umumnya boleh dikatakan bahawa rekaannya di sini serupa seperti OnePlus Pad sebelum ini.

Butiran mengenai perkakasan amat terhad buat masa ini, namun ia dijangka memuatkan skrin utama beresolusi 2.5K. Dalam pada itu paparan juga akan melepasi pensijilan TÜV Rheinland untuk pencahayaan sinar biru yang rendah, di samping Dolby Atmos untuk pengalaman lebih baik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd