Secara umumnya peranti di bawah siri Vivo T akan memberi tumpuan kepada prestasi yang mampu milik. Kalau mengikut pada perkiraan peranti ini telah memasuki siri kedua yang mana paling terkini diumumkan adalah model Vivo T2 dan Vivo T2X pada April lalu.
Ia bagaimanapun bakal dikemaskini dengan variasi pro pula pada 22 Sempember mendatang. Beberapa butiran mengenainya telah mula dikongsi yang menunjukkan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz akan digunakan pada peranti. Skrin juga menyokong kemampuan paparan sehingga 1.07 billion, di samping kecerahan puncak mencapai 1,300 nits.
Tubunhya juga dikatakan serba nipis dengan ukuran sekitar 0.736cm, yang kemudiannya digabungkan lagi dengan binaan melengkung di kedua-dua sisi bertujuan memudahkan penggunaan. Turut didedahkan peranti akan dijana dengan cip Dimensity 7200 yang bermakna menyokong rangkaian 5G terbina. Selain terdapat juga sistem dwi-kamera yang konfigurasinya masih misteri buat masa ini.
Sebagai selingan sebenarnya Vivo sedia menawarkan siri T di Malaysia. Ianya terdiri dengan Vivo T1 dan Vivo T1x yang masing-masing dijual pada RM1,299 dan RM699 sebuah. Kedua-duanya hadir dengan penawaran menarik tersendiri termasuklah rangkaian 5G terbina pada Vivo T1, sementara itu Vivo T1x pula sekadar LTE.