Apple TV adalah kotak TV kegemaran saya. Ini kerana ia menawarkan pengalaman penggunaan yang menarik dengan prestasi yang lancar, kualiti video yang konsisten dan boleh bermain permua Apple Arcade dengan mudah. Cuma masalah utama untuk kotak TV Apple TV generasi baharu adalah, jika bermasalah pengguna perlu menghubungi Apple kerana ia sukar untuk dibaikpulih.
Baru-baru ini, Apple telah memperkenalkan jalan penyelesaian dengan pengguna boleh menggunakan iPhone untuk memulihkan kotak Apple TV yang bermasalah. Skrin akan memaparkan imej iPhone bersama Apple TV. Pengguna hanya perlu menyahkunci iPhone, letakkannya berdekatan dengan Apple TV dan mesej “Apple TV is recovering” akan dipaparkan.
Apple TV akan terus diformat semula secara automatik. Pengguna kini tidak lagi perlu menghubungi Apple Support untuk membaikpulih. Ciri ini terhad kepada iPhone dengan iOS 17 dan juga Apple TV dengan tvOS 17.