Carian
OpenAI Disaman Pula Oleh George R R Martin Dan John Grisham
September 21, 2023 Effi Saharudin

Masalah menggunakan data tanpa kebenaran pemilik IP OpenAI kini melibatkan 17 penulis terkemuka. Antara dalam senarai penulis yang menyaman ialah George R R Martin yang terkenal dengan karya A Song of Ice and Fire dan John Grisham yang terkenal dengan karya The Firm serta A Time To Kill turut mengemukakan sama ke atas OpenAI di mahkamah di New York

OpenAI

Saman dianjurkan oleh Authors Guild kerana mendakwa harta intelek plaintif dan tanda dagang mereka telah dicuri secara sistematik pada skala yang besar bagi melatih kecerdasan buatan ChatGPT dan GPT-4. Sebelum ini OpenAI disaman kumpul sekumpulan penulis di California.

Selain Martin dan Grisham, penulis lain yang mengemukakan saman ialah David Baldacci, Mary Bly, Michael Connelly, Sylvia Day, Jonathan Franzen, Elin Hilderbrand, Christina Baker Kline, Maya Shanbhag Lang, Victor LaValle, Jodi Picoult, Douglas Preston, Roxana Robinson, George Saunders, Scott Turow, dan Rachel Vail.

Komen