OnePlus dijangka akan melancarkan telefon lipat pertama mereka pada tahun ini. Peranti ini dikatakan adalah Oppo Find N3 untuk pasaran global, tetapi dengan rekaan mirip Vivo X Fold2. Peranti ini dijangka hadir dengan skrin dalam 7.8″ OLED, skrin luar 6.3″ OLED, bateri 4800mAh, pengecasan pantas 67W dan mungkin dijana cip Snapdragon 8 Gen 3.
Peranti ini sepatutnya dilancarkan pada bulan Ogos, namun ditunda kerana masalah skrin. Terbaru, peniris OnePlus terkenal Max Jambor melaporkan yang OnePlus Open akan dilancarkan pada 19 Oktober akan datang. Peranti ini dikatakan turut akan menyertakan kamera Hasselblad dan mungkin menggunakan sensor 48MP+48MP+64MP dengan kamera swafoto 32MP.
Sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini tidak lama lagi untuk mengetahui harga dan adkah ia akan dilancarkan di Malaysia ataupun tidak.
- Sumber
- X – Max Jambor