Produk baharu Hisence hari ini dilihat mampu mengubah gaya hidup pengguna, terutama mereka yang mengimpikan pengalaman tontonan seakan wayang di rumah. Melaluinya Hisense PX2-PRO TriChroma Laser Cinema telah diperkenalkan ke pasaran tempatan dengan gabungan pelbagai elemen termasuk sistem audio visual mantap masih dikekalkan.


Melaluinya ia menggunakan sistem pancaran laser TriChroma X-Fusion, yang juga mampu menawarkan lontaran pendek dengan imej sehingga bersaiz 130″ dengan resolusi maksimum 4K. Ini digabungkan lagi dengan sokongan warna BT.2020 lengkap dengan teknologi Dolby Vision, HDR, HDR 10 dan HLG untuk pengalaman tontonan lebih menyeronokkan.

Seterusnya PX2-PRO TriChroma Laser Cinema juga mampu memancar kecerahan maksimum 2,400 ansi lumens dan menggunakan tiga sumber cahaya semula jadi. Ini peningkatan lebih baik berbanding generasi sebelum ini yang boleh dicapai sehingga 2,000 Lumens.

PX2-PRO TriChroma Laser Cinema ini juga mampu bertahan sehingga 25,000 jam penggunaan. Di samping turut memuatkan sistem audio Dalby Atmos 30W untuk kebolehan audio yang imersif. Butiran mengenai harga masih belum diumumkan buat masa ini namun pihak Hisence mengesahkan ia boleh tiba sekitar bulan hadapan dengan julat harga kira-kira RM20,000.