Cari @ Amanz

Grab kini dilaporkan sebagai antara syarikat yang mungkin mengambil-alih operasi FoodPanda di Malaysia, dan beberapa negara berhampiran lain – termasuk Singapura, Thailand, Filipina dan beberapa negara lain.

Menurut Delivery Hero, syarikat disebalik jenama FoodPanda, mereka sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan Asia mereka. Namun, ia tidak dinyatakan siapakah pihak yang terlibat.

Ekonomi Gig Foodpanda

Mengikut laporan awal, harga jualan operasi FoodPanda dijangka mungkin bernilai lebih RM4.99 bilion (€1 bilion). Buat masa ini, pihak Grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan spekulasi dan laporan terbaru ini.

Untuk makluman, sebelum ini, pada 2018 yang lepas, Grab telah mengambil-alih operasi Uber Eats di Malaysia. Nampaknya, sekiranya laporan terbaru ini tepat, kita akan dapat melihat Grab mengambil-alih pesaing terdekat mereka dalam arena penghantaran makanan, sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd