Rekaan penuh fon telingan Samsung Galaxy Buds FE telah tertiris sepenuhnya menerusi laman Winfuture. Dari segi rekaan ia kini mempunyai sisi rata berbeza dengan siri Buds Pro dan Buds2 sebelum ini. Rekanan pod pengecas merangkap tempat simpanan sahaja masih sama dengan terdapat port pengecasan USB-C.

Putik telinga mengekalkan kawalan sesentuh pada permukaan rata. Ia mengembalikan kepak silikon pada putik audio yang akan membolehkan ia dipakai dengan lebih ketat pada telinga. Imej pengolokan rasmi menunjukkan Buds FE akan ditawarkan dalam warna hitam dan putih sahaja.

Beberapa maklumat tertiris sebelum ini mengatakan ia akan dilengkapi pemandu audio sebesar 12nm. Sistem pembatalan hingar akan diberikan. Siri Buds FE akan dijual pada harga lebih rendah dipercayai bermula $99 sebuah. Ia akan dilancarkan bersama tablet Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ dalam masa terdekat.
- Sumber
- Winfuture