Cari @ Amanz

Sukan Asia 2022 telah mula berlangsung secara rasminya hari ini, 23 September 2023. Ia berlangsung di bandar raya Hangzhou di China, dan dilaksanakan selepas ditangguh selama setahun disebabkan oleh penularan Covid-19 sebelum ini.

Pelbagai acara sukan akan dipertandingkan pada acara ini, termasuk acara e-sukan yang akan berlangsung sebagai acara berpingat untuk Sukan Asia kali ini, selepas ia demonstrasi sekitar lima tahun lepas.

Bagi para peminat sukan yang tidak ingin terlepas acara sukan yang berlangsung pada temasya kali ini, pihak RTM menyediakan sebuah halaman khusus yang menyiarkan pelbagai acara sukan secara langsung.

Sebanyak 6 saluran disediakan untuk pengguna mengikuti temasya berkenaan, dan sebuah jadual turut disediakan untuk memudahkan anda mengetahui acara yang dipertandingkan dan pada saluran yang mana.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Sukan Asia 2022 yang disediakan oleh RTM, dan menonton semua acara yang dipertandingkan pada temasya kali ini secara langsung.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd