Antaramuka X Pro Dikemaskini Untuk Lebih Mirip Versi Web Dan Aplikasi
September 25, 2023
Aplikasi
Effi Saharudin
Hujung minggu lalu aplikasi X Pro (dahulunya Tweetdeck) telah dikemaskini supaya lebih mirip dengan X versi web dan aplikasi telefon pintar. Susur masa Home kini memperlihatkan ciapan dalam kategori For You dan Following. Dalam tab notifikasi pula terdapat tab tambahan berasingan untuk semua, Verified dan Mention.

Kemas kini diberikan tanpa sebarang notifikasi. Isu susur masa yang tidak segar semula secara masa nyata masih lagi wujud membuatkan penggunaan X Pro masih belum setanding dengan Tweetdeck. Untuk menggunakan X Pro, langganan X Premium (dahulunya Twitter Blue) masih diperlukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.