Carian
Microsoft Mempertimbangkan Penggunaan Reaktor Nuklear Mini Sebagai Sumber Kuasa Pusat Data
September 25, 2023 Effi Saharudin

Adakah Microsoft akan menggunakan kuasa nuklear bagi menjana keperluan kuasa mereka di masa hadapan? Jawapannya mungkin ya selepas Microsoft mengiklankan kerja untuk Pengurus Program Utama Teknologi Nuklear di laman mereka. Pada iklan Microsoft mengatakan pengurus yang dilantik akan mengetuai penilaian penggunaan Reaktor Modular Kecil (SMR) dan reaktor mikro kuasa elektrik.

Reaktor nuklear NASA di bulan

SMR dan reaktor mikro ini akan membekalkan kuasa kepada pusat data yang menempatkan Microsoft Cloud dan kecerdasan buatan mereka. Selain itu individu yang terpilih akan menghasilkan peta jalan bagaimana teknologi nuklear boleh disesuaikan supaya boleh diintegrasikan, memilih rakan teknologi dan sentiasa menilai implikasinya kepada perniagaan.

Reaktor mikro telahpun dipilih oleh NASA dan agensi angkasa UK untuk digunakan pada roket serta markas di permukaan bulan. Teknologinya cukup selamat untuk menghasilkan jumlah tenaga yang besar tetapi dengan jumlah bahan api yang kecil.

Tenaga nuklear mempunyai reputasi yang buruk selepas insiden Chernobyl dan Fukushima. Tetapi hakikatnya ia adalah sumber kuasa yang lebih “hijau” berbanding bahan api fosil dan pembinaan empangan hidro. Kerajaan Malaysia sendiri baru sahaja melancarkan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 minggu lalu.

Komen