Manusia ingin mengembangkan kehidupan mereka ke angkasa lepas sejak mereka mula menerokanya pada tahun 1961 menerusi Yuri Gagarin. Dengan sumber di bumi semakin berkurangan, Marikh dilihat sebagai planet yang boleh menjadi rumah kedua manusia. Untuk merealisasikan impian ini, sistem tujahan baharu perlu dibangunkan untuk memendekkan masa perjalanan dari Bumi ke Marikh.

Projek Demonstration Rocket for Agile Cislunar Operations (DRACO) diumumkan pada tahun 2020 oleh DARPA bagi membangunkan enjin roket berkuasa nuklear. Minggu lalu Lockheed Martin dianugerahkan kontrak membina enjin DRACO dengan sasaran ia diuji di angkasa lepas useawal 2027. Ia tidak akan digunakan untuk melancarkan roket dari bumi. Sebaliknya ia hanya akan dihidupkan sejurus selepas ia memasuki ruang angkasa bagi meneruskan perjalanan ke Marikh.
Menerusi enjin pendorong termal nuklear (NTP) ini, misi ke Marikh boleh dipendekkan ke tiga bulan berbanding tujuh bulan menggunakan enjin roket kimia. Bahan api yang dibawa dibakar oleh haba dari reaktor nuklear menawarkan impuls spesifik dua kali ganda lebih baik berbanding sistem roket kimia. Impuls spesifik ialah ukuran yang digunakan untuk mengira tahap kecekapan sesebuah enjin roket.
- Sumber
- Lockheed Martin