Getty Images hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan Generative AI by Getty Images. Menerusinya, pelanggan boleh menjana gambar stok untuk kegunaan sendiri yang dilatih menggunakan koleksi gambar Getty Images. Menurut Getty dengan ini tidak timbul harta intelek dicuri daripada pemegangnya.
Untuk perkhidmatan ini Getty bekerjasama dengan NVIDIA yang mempunyai beberapa model kecerdasan buatan (AI) generatif mereka sendiri. Pelanggan Generative AI by Getty Images boleh menjana imej pelbagai saiz dengan hanya memasukkan teks.
Imej yang dijana kemudiannya boleh digunakan dengan lesen dan hanya boleh digunakan oleh mereka sahaja. Imej ini tidak akan dimasukkan ke dalam koleksi Getty untuk kegunaan pelanggan lain.