Sennheiser Accentum Wireless Menawarkan Ketahanan Bateri Mencapai 50 Jam
Amy Maizuraa
Sennheiser Accentum Wireless telah dilancarkan secara rasmi sebagai fon kepala baharu dengan fokus terhadap audio berkualiti tinggi. Ia mempunyai rekabentuk yang sama dengan Momentum 4 sebelum ini. Namun perkakasan dalaman sudah semestinya berbeza bagi membuatkan masing-masing menarik.

Melaluinya fon kepala ini menggunakan set pemandu audio sebesar 37mm dengan pada telinga lembut serta tubuh plastik. Ini dipadankan pula dengan dua mikrofon terbina yang juga dilengkapi pembatalan hingar aktif hibrid dan Wind-Reduction Mode terbina untuk pengalaman audio yang jelas.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.2 yang juga menyokong sambungan pintar dwi-peranti serentak. Sementara itu, codec yang disokong pula ialah AAC, SBC, aptX HD untuk kualiti audio lebih baik. Penggunaan bersama aplikasi Smart Control juga disarankan untuk kawalan lebih pelbagai termasuk kebolehan melaraskan tetapan EQ tersedia.


Bateri disertakan pula boleh berfungsi selama 50 jam sebelum perlu dicas. Kemudian pengecasan selama lima minit pula boleh menawarkan masa main balik mencapai lima jam. Sennheiser Accentum Wireless dijual pada harga $299.95 (~RM1,406) dengan pilihan warna black dan white.
[info] Sumber – Sennheiser.com [/info]