Huawei Mate 60 RS Ultimate telah dilancarkan secara rasminya di China sebagai peranti paling premium di bawah siri Mate 60. Paling menyerlah sudah semestinya binaan tubuh peranti yang menggunakan bahan seramik dan logam sepenuhnya. Menurut Huawei proses pembikinan panel belakang ini mengambil masa hampir dua bulan, dan kilauan cantik padanya yang menjadi keunikan utama pada peranti.


Konsep rekaan pula masih sama seperti Huawei Mate50 RS termasuklah bonggol kamera berbentuk oktagon yang juga dikenali sebagai penta-kamera di belakang. Panel hadapan pula menyerupai Mate 60 Pro yang memuatkan tiga lubang untuk kamera hadapan dan sensor 3F ToF. Peranti juga mampu melakukan panggilan satelit apabila tiada rangkaian selular. Di samping menjalankan sistem operasi terkini HarmonyOS 4.0 yang diberikan pelbagai peningkatan menarik untuk penggunaan yang lancar.

Spesifikasinya pula menyerupai peranti Mate 60 Pro+ dengan skrin 6.78-inci LTPO OLED 120Hz, kamera utama 48MP + 48MP + 40MP dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 88W. Peranti dijual di China pada harga bermula RMB11,999 (~RM7,695) (16GB/512GB) dan RMB12,999 (~RM8,336) (16GB/1TB).