Disney+ mula menghalang perkongsian kata laluan kepada pengguna di Kanada. Emel mula dihantar kepada pelanggan mengingatkan mereka bahawa perkhidmatan Disney+ hanya boleh diakses pengguna yang duduk di dalam isu rumah yang sama bermula 1 November 2023.
Ini pastinya adalah percubaan Disney untuk melihat reaksi orang ramai sebelum mengembangkannya ke pasaran lain. Tindakan Netflix menghalang perkongsian kata laluan menyebabkan jumlah langganan mereka meningkat. Ini adalah bertentangan dengan ramalan yang mengatakan tindakan mereka ini akan menyebabkan ramai meninggalkan platform mereka.
Dengan kejayaan Netflix, platform penstriman lain juga akan melakukan perkara yang sama dalam masa terdekat. Tiada maklumat sama ada Disney+ Kanada aku turut memperkenalkan profil tambahan untuk pengguna yang duduk di luar isi rumah seperti yang telah dilakukan Netflix.