Panos Panay meninggalkan Microsoft secara mengejut dua minggu lalu dengan ura-ura beliau akan menyertai Amazon. Hari ini CEO Amazon Naday Jassy mengesahkan Panay akan mengetahui perniagaan peranti dan perkhidmatan Amazon menggantikan Dave Limp yang akan bersara.
Panay akan memulakan tugas pada penghujung Oktober ini. Terdapat ura-ura mengatakan beliau meninggalkan Microsoft selepas bertugas selama 19 tahun kerana keputusan syarikat membatalkan beberapa produk Surface. Selepas melihat hanya tiga komputer riba dan satu skrin pintar Surface dilancarkan minggu lalu, ura-ura ini mungkin tepat.
Dengan Panay di Amazon mungkin kita akan dapat melihat produk dengan rekaan inovatif pada perkakasan Alexa mereka kelak. Sungguhpun begitu sebagai pengguna di Malaysia ini tidak akan mendatangkan impak secara langsung kerana produk Amazon tidak ditawarkan secara rasmi di sini.