Carian
Microsoft Pernah Ingin Menjual Bing Kepada Apple
September 29, 2023 Effi Saharudin

Enjin carian utama pada peranti Apple pastinya berbeza hari ini sekiranya mereka membeli Bing sekitar 2020 lepas. Menurut laporan Bloomberg, Microsoft pernah melakukan pertemuan dengan Apple untuk menjual Bing kepada Apple. Ini adalah dalam usaha bagi menggantikan Google sebagai enjin carian utama pada peranti Apple.

APple Google

Pertemuan dilakukan antara wakil Microsoft dengan Eddy Cue yang merupakan ketuka perniagaan perkhidmatan di Apple pada tahun 2020. Perbincangan hanya dilakukan pada peringkat awal, dan kedua-dua syarikat tidak meneruskan idea menjual Bing secara lebih serius selepas itu.

Google membayar berbilion Dollar kepada Apple untuk menggunakan Google Search sebagai enjin carian utama pada peranti keluaran Apple. Ini berlaku walaupun kedua-dua syarikat adalah adalah pesaing sengit dalam industri teknologi.

Landskap enjin carian pada ketika ini masih didominasi Google Search dengan hampir 92% pasaran dengan Bing di tangga kedua yang mempunyai hanya 3.02% pegangan pasaran, diikuti oleh Yandex (1.49%) dan Yahoo (1.17%). Terdapat perubahan trend di kalangan Gen Z yang kini turut melakukan carian pada TikTok sejak kebelakangan, ini tetapi kesan jangka pendeknya kepada Google masih lagi rendah buat masa ini.

Komen