Pada minggu lepas, kita sedia mendengar berkenaan keterbukaan Microsoft untuk menjual Bing kepada Apple beberapa tahun lepas, namun hal berkenaan tidak diteruskan. Sejak dari itu, Apple sedia menambah-baik sokongan enjin carian mereka tersendiri yang terdapat pada beberapa aplikasi mereka, termasuk seperti di Apple Maps dan sebagainya.
Apple juga melalui iOS 14 yang lepas telah menambah-baik ciri carian Spotlight yang sekaligus turut membolehkan pengguna bukan sahaja melakukan carian melibatkan dokumen dan aplikasi dalam peranti, tetapi juga hasil carian web melaluinya.

Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, Apple kini sedang dalam proses membawa teknologi enjin carian serba-baharu dan lebih berkuasa ke App Store – kedai aplikasi yang digunakan pada iOS dan MacOS.
Disamping itu, Apple turut mempunyai penawaran pengiklanan di kedai aplikasi yang agak baik, berbanding apa yang terdapat oleh pesaing lain di luar sana.
Dengan pelbagai teknologi ini, ia dispekulasikan yang mana Apple sedia mempunyai pelbagai ketersediaan dalam melancarkan enjin carian mereka tersendiri. Cuma persoalannya adalah Apple akan melancarkan penawaran mereka tersendiri, atau mengekalkan Google pada peranti mereka?