Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita telah melihat telefon pintar Samsung Galaxy A05s disenaraikan di laman rasmi Samsung Malaysia. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Samsung telah mula menjual telefon pintar berspesifikasi asas-pertengahan tersebut pada harga RM799 di Malaysia.

Galaxy A05s ini hadir dengan skrin 6.7-inci FHD+, menawarkan kadar segar semula mencapai 90Hz, dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 680 4G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan sensor utama 50MP yang turut dilengkapkan dengan sensor 2MP (makro) dan 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 13-megapixel di hadapan.

Menjana telefon pintar ini juga adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 25W. Samsung menawarkan sistem operasi Android 13 secara terbina pada Galaxy A05s ini. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian sisi peranti, selain mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Samsung Galaxy A05s melalui pengedar rasmi pada harga RM799.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd