Cari @ Amanz

Oppo dilihat sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti boleh lipat baharu Find N3 tidak lama lagi. Menguatkan lagi spekulasi apabila terdapat sumber yang telah berkongsi mengenai spesifikasi penuh peranti akan datang ini, yang kelak turut berpotensi dilancarkan sebagai OnePlus Open.

Oppo dipercayai masih mengekalkan rekaan skrin boleh-lipat seumpama buku sama seperti generasi sebelum ini. Ia boleh dibuka untuk paparan skrin dalam sebesar 7.82-inci OLED, kemudian diikuti pula dengan skrin sekunder sebesar 6.31-inci. Kedua-duanya skrin daripada jenis OLED dan menyokong kadar segar semula 120Hz yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara.

Gambar sekadar hiasan : Oppo Find N2

Peranti juga dipercayai menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama gabungan memori 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB. Turut disertakan ialah kamera utama 48MP + 48MP + 64MP (telefoto), kamera swafoto 20MP dan bateri 4,805mAh YANG menyokong pengecasan pantas 100W.

Bagaimanapun harus ditegaskan maklumat yang dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura, dan belum dapat dipastikan sama ada bakal dilancarkan secara rasmi atau sebaliknya. Butiran mengenai tarikh pelancaran khusus juga masih belum diketahui.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd