Lanjutan daripada arahan Indonesia yang mengharamkan jual-beli di platform media sosial, kini TikTok mengumumkan mereka akan menghentikan transaksi pada platform mereka di Indonesia berkuat-kuasa Rabu, 4 Oktober 2023.
TikTok menyatakan mereka akan mematuhi perundangan, dan tidak lagi akan menyokong transaksi edagang TikTok Shop di Indonesia.

Sebelum ini, Indonesia mengumumkan pengharaman dalam usaha melindungi para penjual tempatan di Indonesia, termasuk perkhidmatan jual-beli lain di negara berkenaan. Disamping itu, Indonesia turut menyatakan tawaran harga yang “membunuh” melalui platform media sosial memberikan kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak TikTok akan menawarkan aplikasi berasingan TikTok Shop di Indonesia atau sebaliknya.
- Sumber
- Reuters