Ciri AI yang seterusnya akan disokong pada Spotify ialah menjana senarai main berdasarkan prom yang dimasukkan oleh pengguna. Kewujudan ciri ini ditemukan oleh Chris Messina dalam kod terbaru aplikasi. Terdapat barisan kod untuk senarai main yang dijana oleh AI serta senarai main berdasarkan prom yang dimasukkan pengguna. Dengan ciri AI ini senarai main yang mungkin lebih tepat dan jitu dengan kemahuan pengguna boleh dijana oleh Spotify.
Ini bukan ciri pertama AI yang digunakan pada Spotify yang sebelum ini memperkenalkan ciri Spotify DJ yang boleh bercakap seperti DJ manusia antara lagu yang dimainkan. Malang sekali ciri Spotifu DJ masih belum ditawarkan di Malaysia. Semua aplikasi sekarang mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri AI kerana ia trend semasa.
Persoalannya adakah ia ciri yang benar-benar diperlukan atau sekadar gimik.Pada waktu ini masih belum diketahui sama ada ciri menjana senarai main ini akan dilancarkan ataupun tidak.