Carian
Aplikasi KWSP Baharu Memberikan Notifikasi Selepas Majikan Kreditkan Caruman Ke Akaun
October 6, 2023 Aman

KWSP sedia hadir dengan aplikasi generasi baharu mereka beberapa bulan yang lepas. Melaluinya, ia menyertakan sejumlah pembaharuan, termasuk salah satunya adalah sokongan notifikasi.

Melalui ciri notifikasi pada aplikasi berkenaan, kini ia memaklumkan pelbagai perubahan pada akaun – termasuk apabila majikan kreditkan  caruman ke akaun pengguna.

Ini merupakan salah satu ciri yang agak baik, dan memudahkan para pekerja mengetahui apabila majikan telah membayar caruman mereka atau sebaliknya.

Bagi anda yang mempunyai akaun KWSP, boleh memuat-turun aplikasi KWSP i-Akaun yang baharu di Android dan iPhone, dalam terus memudahkan pemantauan akaun anda. Untuk menerima notifikasi juga, anda perlu mengaktifkan ciri kebenaran menghantar notifikasi melalui tetapan aplikasi KWSP i-Akaun.

Komen