China Menyasarkan Kemampuan Perkomputeran 300 exaFLOP Menjelang 2025
Effi Saharudin
Komputer prestasi tinggi (HPC) seperti superkomputer diperlukan untuk melakukan perkiraan yang kompleks seperti simulasi cuaca dan pembinaan. Akhir-akhir ini superkomputer diperlukan pula untuk melatih pelbagai moden kecerdasan buatan (AI) yang kini dilihat sebagai keperluan dalam pelbagai sektor. Bagi memastikan negara mereka kekal kompetitif dalam dunia teknologi, China kini menyasarkan mempunyai kuasa perkomputeran 300 exaFLOP menjelang 2025.

Pada waktu ini China mempunyai kuasa perkomputeran sekitar 195 exaFLOP. Superkomputer Sunway-Tianhulight-A yang diperlihatkan tahun lalu misalnya mempunyai kemampuan memproses 5.3 exaFLOP. Dengan kemampuan perkomputeran meningkat 50%, China boleh terus bersaing dalam sektor kecerdasan buatan.
Tetapi usaha China ini menghadapi pelbagai halangan. Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas beberapa syarikat komputer China beberapa tahun lalu kerana tidak ingin teknologi superkomputer mereka digunakan bagi tujuan ketenteraan. Eksport cip AI keluaran AMD dan NVIDIA juga mula dihalang Amerika atas sebab yang sama.
[sumber] CNBC [/sumber]