Pada penghujung Mei lalu, Top500 menobatkan Frontier sebagai superkomputer terpantas dunia dengan kemampuan memproses 1.102 exaFLOP yang turut menjadikannya superkomputer pertama mampu memproses pada skala Exa. Tetapi menurut laporan South China Morning Post hari ini, saintis dari China mengumumkan superkomputer generasi terkini mereka mempunyai kemampuan memproses 5.3 exaFLOP.
Komputer Sunway generasi terkini yang namanya tidak didedahkan ini mempunyai CPU dengan 32 juta teras yang adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding Frontier. Dalam ujian melatih kecerdasan buatan yang diberi nama panggilan Bagualu sebanyak 174 trillion parameters digunakan yang seakan jumlah sinaps dalam otak manusia. Enam tahun yang lalu superkomputer Sunway TaihuLight juga dai China berjaya menjadi yang terpantas di dunia.

Oleh itu Sunway mampu melakukan proses kecerdasan buatan pada “skala otak” yang mirip dengan bagaimana otak manusia berfungsi. Apabila dipadankan dengan memori sebesar 9 petabyte, kemampuan Sunway melakukan pemprosesan adalah amat pantas.
Dengan kemampuan skala Exa ini, Sunway boleh dilakukan untuk mengkaji kecerdasan buatan, melakukan ramalan kaji cuaca, perkiraan untuk bahan kimia dan banyak lagi.
Sunway generasi baharu tidak dimasukkan ke dalam senarai Top500 kerana China tidak lagi berkongsi secara terbuka kemampuan superkomputer mereka atas sebab keselamatan negara. Tahun lalu, tujuh syarikat superkomputer China telah dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Amerika Syarikat kerana kerisauan teknologi digunakan bagi tujuan ketenteraan.
- Sumber – South China Morning Post