Dua tahun lepas, Qualcomm telah menjenamakan semula cip-cip pemprosesan untuk peranti mudah alih mereka. Dari penggunaan tiga digit nombor ke satu digit, misalnya Snapdragon 888 sebelum ini kemudian menjadi Snapdragon 8 Gen 1.
Terbaru, Qualcomm mengumumkan Snapdragon X Series iaitu nama baharu untuk cip pemprosesan yang akan digunakan pada komputer. Sebelum ini nama cip untuk komputer menggunakan format Snapdragon 8cx Gen 3, sementara untuk Chromebook menggunakan format Snapdragon 7c.

Snapdragon X Series akan menggunakan teknologi CPU Oryon yang mana dibangunkan bersama-sama dengan pasukan Nuvia iaitu pasukan yang bertanggungjawab membangunkan cip Apple Silicon dan kemudian telah diambil-alih oleh Qualcomm bagi membangunkan cip komputer mereka untuk bersaing dengan Apple.
Qualcomm akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai cip baharu ini hujung Oktober nanti bersama-sama dengan pengumuman Snapdragon 8 Gen 3 dan beberapa kemas kini cip mereka yang sedia ada. Sama-sama kita nantikan.