Pada bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa Time Internet telah membuka pra-tempahan untuk pakej FTTR (Fiber To The Room) mereka yang dinamakan Gig Speed Home, yang tertakluk kepada para pelanggan rangkaian internet gentian optik mereka.
Pakej ini memperlihatkan penawaran peranti penghala Mesh WiFi yang membolehkan anda untuk memastikan sambungan internet yang stabil di kesemua kawasan rumah anda. Tanda harga pakej ini juga bergantung kepada jumlah penghala Mesh WiFi yang diperlukan, dan pakej Time Gig Speed Home memperlihatkan penawaran untuk rumah sebesar 2000 kaki persegi.

Time Gig Speed Home memperlihatkan tiga penawaran pakej untuk saiz rumah yang berbeza, dengan menawarkan jumlah penghala Mesh WiFi yang berbeza. Time memperlihatkan pakej early bird dimana mereka yang mendaftar awal untuk pelan ini boleh mendapatkan harga diskaun yang agak besar.
Pakej pertama sesuai untuk rumah dengan saiz 1000 kaki persegi, dimana pelanggan Time boleh membayar bayaran penuh RM1320 (harga asal RM2640) untuk satu modem dan satu penghala mesh, RM1800 (harga asal RM3600) untuk satu modem dan dua penghala mesh atau RM2160 (harga asal RM4320) untuk satu modem dan tiga penghala mesh.
Untuk pelanggan Malaysia yang sudahpun melanggani pelan internet Time selama sekurang-kurangnya enam bulan dan tanpa bayaran tertunggak, mereka boleh memilih untuk membayar pakej ini secara ansuran selama 24 bulan.
Pemasangan penghala WiFi Mesh ini juga akan dilakukan secara percuma oleh juruteknik internet Time sendiri, dan pembayaran yang dilakukan akan meliputi kesemua
Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan sambungan internet WiFi pantas di rumah anda, anda boleh melayari laman web Time Internet Gig Speed Home.