Carian
Rusia Mahu Mula Mengeluarkan Cip 28nm Dan 14nm Menjelang 2027, 2030
October 12, 2023 Nazrin

Seperti yang sedia maklum, Rusia kini sedang menghadapi sekatan ekonomi yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, dimana ia sangat sukar untuk kerajaan tersebut melakukan sebarang transaksi dengan mana-mana pihak, daripada kerajaan sehinggalah syarikat-syarikat MNC.

Salah satu daripada isu yang membelenggu negara tersebut ialah kekurangan bekalan cip pemprosesan dan juga komponen-komponen komputer, yang merupakan salah satu sekatan ekonomi paling berat yang dikenakan keatas negara tersebut.

Oleh kerana ini, kerajaan Rusia telah membuat pengumuman bahawa mereka mahu membangunkan cip-cip pemprosesan dengan proses 28nm dan juga 14nm dengan melakukan pelaburan sebanyak $38.43 bilion menjelang 2030.

Intel Cip

Pelan kerajaan tersebut untuk jangka masa terdekat ialah untuk membangunkan infrastruktur pengeluaran cip bermula dengan kelengkapan untuk membangunkan cip menggunakan proses 90nm, pada penghujung tahun ini, dan membelanjakan $5 bilion untuk menaiktarafkan kelengkapan ini.

Jangkaan kerajaan tersebut ialah menjelang 2027, mereka akan boleh membangunkan cip dengan proses 28nm, dan tiga tahun kemudian, pada tahun 2030, membangunkan cip pemprosesan dengan proses 14nm pula.

Rusia menjangkakan bahawa mereka akan boleh mendapatkan kelengkapan untuk membangunkan cip-cip ini daripada China, yang kini juga dilihat semakin rancak membangunkan kelengkapan membina cip pemprosesan mereka tersendiri. Tidak mengejutkan apabila mereka baru-baru ini Huawei telah membangunkan cip Kirin 9000s menggunakan proses 7nm mereka sendiri.

Komen