Carian
Nothing OS 2.5 Android 14 Sedia Diuji Pengguna Phone (2)
October 12, 2023 Fahim Zahar

Google telah pun melancarkan Android 14 versi stabil pada minggu lepas. Kemas kini ini terhad kepada peranti Pixel dan Xiaomi terlebih dahulu sementara peranti lain masih lagi dalam ujian beta atau dalam pembangunan.

Malam tadi, Nothing telah memperkenalkan Nothing OS 2.5 Open Beta 1 yang dibina berasaskan Android 14 untuk diuji oleh semua pengguna Nothing Phone (2). Berikut adalah senarai ciri baharu yang ditawarkan pada kemas kini ini;

  • Widget yang lebih kemas dan lebih banyak pilihan.
  • Tangkapan layar kini mempunyai alatan suntingan baharu.
  • Kawalan gestur kini mengikuti tema Nothing OS.
  • Ikon aplikasi kini boleh disembunyikan.
  • Tangkapan layar boleh dilakukan dengan gestur tiga jari.
  • Laman kustomasi kunci skrin dan skrin utama lebih mudah digunakan.
  • Penuras kaca dan pilihan warna baharu untuk lebih imej latar.
  • Menyokong tema monokrom Android stok.
  • Talam notifikasi kini mempunyai akses pantas kepada TWS Nothing Ear.
  • Akses pantas kunci skrin kini lebih banyak pilihan.
  • Kawalan aras suara dikemaskini dengan antaramuka baharu.

Nothing OS 2.5 buat masa ini terhad kepada peranti Phone (2) yang menjalankan Nothing OS 2.0.3 dan mereka yang berminat boleh menyertainya melalui aplikasi khas yang anda boleh muat turun di pautan di bawah. Versi beta ini masih dalam ujian dan belum ada tarikh tetap bila versi stabil dan untuk Phone (1) akan ditawarkan.

Komen